Bab 1: Makanan dan Pemakanan

Merupakan satu keperluan asas manusia.

Ciri-ciri makanan : bentuk,rupa,warna,bau,rasa, dan tekstur yang berbeza.

DEFINISI MAKANAN

    Makanan merupakan satu keperluan asas manusia. Makanan ialah suatu bahan yang boleh dimakan dalam bentuk pepejal atau cecair.

PERANAN MAKANAN

       Untuk memenuhi keperluan fisiologi, psikologi dan sosial. Peranan Fisiologi seperti pembinaan sel tubuh, tumbesaran dan pemulihan. Peranan Psikologi iaitu menghilangkan perasaan sunyi, bosan atau sedih. Emosi juga boleh menyebabkan seseorang tidak berselera untuk makan. Peranan Sosial dari segi pergaulan antara ahli keluarga dan menziarahi kawan atau sudara-mara, makan sering menjadi tumpuan utama. Makanan juga penting bagi melambangkan status sosioekonomi keluarga.

Terdiri daripada Nutrien, Air dan Pelawas

DEFINISI PEMAKANAN

Pemakanan ialah kajian yang berkaitan dengan pengambilan makanan untuk proses pertumbuhan, pemulihan dan pengawalan kesihatan.

IMEJ PEMAKANAN

Pemakanan terdiri daripada sayuran dan buah-buahan.

 

     

petua-petua kesihatan, pemakanan dan keterampilan diri

DEFINISI NUTRIEN

Nutrien ialah komposisi kimia dalam makanan. Terdapat 5 kumpulan nutrien iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan garam mineral. Bagi menyempurnakan peranan nutrien, air dan pelawas juga diperlukan.

AIR DAN PELAWAS

Buah kurmaTerdiri daripada pelbagai jenis buah-buahan.